Wednesday, October 6, 2010

"Ore waaaa Moe desu, yoroshikuuuuuuh!"

Ada la satu petang yang hening, aku kat No Black Tie, Jalan Changkat. Tu pun lepas aku rimas dapat dua tiga call dari manusia yang berbeza (punyalah nak tunjuk yang aku ni ramai sangat nak call, poodah!), ada lagi satu nombo DiGi call aku.

Begini ceritanya:

"Assalamualaikum, dan selamat petang Encik Mohhhammad Fairuzz Hussssaini bin Kammaruddin" (gile dia punya idgham ma'al ghunnah nak sebut nama aku, abis arab la tu?)

"Err.. waalaikummussalam, ya saya?" (aku time ni mula la fikir kawan aku dok buat prank call, so aku jawab macam pukimak sikit, juga dalam mode berhati-hati)

"Okay, saya dari pihak Maybank ingin bercakap dengan encik (nama aku lag, malas nak tulis), tentang.. penggunaan.. credit card encik ye. Kami cuma nak memastikan bahawa encik sudah menerima credit card anda, betul?" (okay dia dah mula formal, so ini bukan prank call dari Manja. Nada, normal)

"Ye betul. Kenapa ye encik?" (ececeh, formal kolar putih la konon)

"Okay, saya nak pastikan yang encik ambil card tu dari bank atau dihantar kerumah?"

"Saya ambil di bank.."

"Okay, jadi saya nak pastikan nombor credit card encik, sama dengan nama yang encik daftarkan untuk credit card tersebut (sebut nama aku lagi), benar ya?"

"Err.. ya?"

(Dan selepas beberapa lama dia convince aku nak confirm nama aku dengan card, letih sial nak layan mamat ni, he came out with a line yang buat aku agak alert sikit)

"Boleh encik Fairuz bacakan nombor yang tertera di atas kad anda?"

"Err.. kenapa ya encik?"

"Tak ada, macam ni encik Fairuz ya, kami cuma nak memastikan yang credit card tersebut benar-benar berdaftar di atas nama encik.."

"Oh.. tapi saya dah buat tiga empat kali purchase dengan kad ni, online dengan offline, semua masuk je dalam account saya. Nak kena reconfirm lagi ke?" (time ni aku dah mula bau-bau bacang dah)

"Ya, kami kena pastikan semula, takut ada kesilapan di dalam sistem akaun kami ya encik Fairuz..." (decent gile mamat ni)

"Kesilapan? Oh okay.. hmm.. tapikan.. bukan ke kalau pihak bank nak tahu, mereka boleh check dalam sistem registry? Kan ada active directory, boleh simpan semua transaction data dengan maklumat akaun?" (ceeewah, aku saje je shoot dengan terms gempak sikit, konon power ah tu)

"Oh, tidak ye, macam ni ye encik Fairuz.. bla bla bla (dia ceramah aku pasal penerangan apa lancau tah) dan kalau benar-benar terbukti yang kad ini kepunyaan encik Fairuz, kami mahu pastikan keselamatan encik terjamin dan tidak terlepas ke tangan orang lain"

"Oh.. tapi.. jap, encik dari pihak bank kan, kenapa call dari nombor DiGi?"

"Ya, sebab kami ya encik Fairuz (rajin gila ulang nama aku macam tu, nak address encik tiap kali) kami menggunakan talian DiGi business plan ya" (adoiyai, gila kedekut Maybank punya call center pakai mobile plan? Lawak. Takde duit dah ke nak bayar TM?)

"Okay, tapi kenapa perlu minta number dari saya? Kalau encik dari pihak bank, mesti encik boleh detect transaction saya, itu pun mesti valid, kalau takde clash dalam sistem"

"Ya, tapi polisi kami, biasanya kami tak simpan number kad encik dalam sistem, biasanya kami akan padam selepas kami dah configure akaun pengguna kad..." (dia sudah mula memecah tembelang sedikit demi sedikit)

"Delete? Kenapa? Kan ke payah kalau delete, pastu nak call balik? Plus, kalau encik delete, bererti encik delete la data pengguna saya sekali, confirm saya tak boleh pakai sekali. Kalau encik nak mintak saya, baik check kat AD je?" (nailed!)

"Oh tidak, kami cuma lakukan perkara tersebut demi keselamatan. Dan selepas pengesahan, kami akan hantar lagi satu bonus card untuk kegunaan harian encik.. juga ada banyak keistimewaan yang ditawarkan" ( yang langsung takde kena mengena langung ngan Maybank. Pastu dia bukak cerita pasal privilege card apa bende tah. wait, privilege card? Woi! Kau ni ajen bank ke ajen pelancongan?)

"Oh ya? Tapi concern saya sekarang ni, kenapa perlu beri nombor? Dan mesti kad privilege tu ada cas tambahan, sampai nak mintak nombor macam tu sekali? Saya bukan apa, sebab saya nak tahu je, saya pun kerja buat SAP account, kerja dengan transaction apa suma.." (again, trying to sound gempak lidat wooo)

"Ohh.. itu kerana (dia duduk ulang balik statement sebelum sebelum), tak apa, kalau begitu, kami check dengan data entry kami, nanti kami call balik ya? (oh, ada pulak? Tadi kata dah delete?) Assalamualaikum encik Fairuz!"

"Waalaikummusalam".

*hung up*


U'VE BE3N PWNED, MOTH3RFUCK3R!!!

Man, I am awesome. At least, I felt awesome.

Buahahahaha!

So, korang, beware. Jangan senang-senang bagi maklumat akaun kat random call. Sebab tu bank data entry sistem tak selonggar yang disangka. Takkan sewenang-wenang dia nak call pakai random mobile number pastu mintak maklumat. Smart plan, my ass. Fuck you heaps.


"Ore waaaa Moe desu, yoroshikoooouuuuuuh!!!" (dengan tone anime watak Onizuka Eikitchi)

Ye, sila bayang aku project dialog tu dengan nada yang betul.

2 comments:

syafiqxsaifullah said...

totally smartpunk siaaa kau moe!

El Moe de la Rocha said...

hahaha. aku bukan pandai pun. tapi aku tak sebodoh itu. muahahaha.

...are you lost, or incomplete?

Custom Search