Tajuk entri macam la aku nak tulis thesis. Pastu berlagak macam aku pakai spek (walaupun aku sebenarnya memang rabun). Psh.
Aku membesar dalam keluarga yang kuat politik. Especially parents aku, yang agak tegar dengan Barisan Alternative (sebab tu aku gila Pearl Jam kot?).
Suatu ketika, masa politic turmoil circa 1998, aku ingat lagi macamana marahnya orang-orang yang selama ni tak sebulu dengan kerajaan, atas penangkapan Anwar. Aku budak kot. So aku nganga mulut je la apa orang cakap.
Tapi time tu memang banyak bende banyak jugak tak masuk akal. So, aku pilih untuk berdiam diri, sebab aku lagi suka memerhati. Susah nak percaya mana-mana pihak.
Sampai sekarang jugaklah, sebenarnya aku pun tak tau apa nak kata pasal politik Malaysia.
To be honest, aku tak sokong sesapa pun. Bukan bermaksud aku lalang, sokong mana YB mana yang sumbat duit paling banyak dalam mulut aku. Pada aku, politician merupakan golongan yang memang sangat susah nak duga.
Aku punya rasa hormat pada Tuan Guru Nik Aziz, sebab dia tak beli pun bungalow mahal kat Kenny Hills. Dan aku punya respek yang tinggi untuk Tun Dr. Mahathir, sebab buah fikiran dia yang dia guna pakai untuk membangunkan negara sampai tahap ni, aku tak rasa takat ni ada orang boleh celen dia. Antara pemimpin yang aku sayang sampai mati.
Mungkin tahap itu sahaja kot, punya cetek view aku pasal politik ni.
Sebab diaorang pun manusia. Tabur la janji melaut mana pun, lepas pilihan raya, tak terkejar juga nak tunaikan semua. Tak boleh nak salahkan diaorang jugak, sebab kita semua sama manusia. Kalau kau jadi YB pun belum tentu kau mampu nak jadi robot, attend semua masalah rakyat bawah kawasan kau. Melainkan kalau kau klon Saidina Umar, atau setidak-tidaknya 25% sifat Sahabat tu ada pada kau.
Dan aku tidak menyangkal, ada wakil rakyat yang benar-benar buat kerja. Yang tak peduli parti apa pun yang dia bawa. BN atau BA, tolak tepi.
Cuma yang menyedihkan, tiap kali aku belek suratkhabar, terutama bahagian Dalam Negeri, aku rasa politik tu sangat kebudak-budakkan. Masing-masing cuba untuk mengatakan merekalah syurga, yang menentang itulah neraka.
Yang paling kesian, rakyat. Keliru. Pening. Kaku. Tak tahu nak pilih mana satu.
Dalam usaha nak menarik hati rakyat untuk bernaung di bawah bendera masing-masing, baik kerajaan mahupun pembangkang, kadang-kadang ada diantara mereka yang terlupa (walaupun bukan semua), perkara paling asas, keutamaan bagi rakyat. Keperluan mereka. Itu pun kadang-kadang banyak tercicir.
Yang konon mahu berjuang untuk rakyat pun, adakalanya hanya mampu untuk bagi ceramah mampan berapi-api, liberation shits and stuffs, tapi masih ramai yang lepas menang pilihan raya, tak ada beza mana pun.
Sebab tu, kalau belek suratkhabar, aku lagi seronok baca pasal gosip Diana Danielle kat bahagian Dua. Dari sakit hati dan sedih baca berita yang tak habis-habis mencerca sesama sendiri.
Isu paling aku rasa ketara, ketuanan Melayu. Well, aku tau, ramai yang akan fire aku sebab usik pasal bende ni. "Eh, mat, kalau tak kerana bende tu, kau tak boleh hidup macam ni tau tak?" - aku pernah kena fire bila aku utarakan apa yang aku rasa. Aku tak deny pun? Ada aku kata benda tu buruk? Offensive, might.
Cuma, pada aku, whether ada atau tidak, tak ada bezanya pada aku. Aku tetap kena bayar loan MARA bulan-bulan. Kena jugak bayar credit card. Sewa kereta mahal jugak. Tak masuk jugak UiTM campus induk, walaupun SPM aku 5A 4B 4C - yang mana ramai gile member aku dapat lagi rendah tapi berjaya masuk uni bagus-bagus. Ramai jugak member Cina aku dapat kerja senang-senang dari member Melayu aku yang grad dari US, UK apa suma. Itu semua rezeki, bro!
Ye, aku bangga aku Melayu. Aku bangga kulit aku tak cerah. Cuma, seperkara yang aku pasti, itu semua hanyalah klasifikasi untuk membezakan sapa asal usul kau. Begitu jugak kalau kau Cina, India, Punjabi, Senoi, etc etc.
Ramai yang mengeluh, "Habislahhh.. Melayu takkan jadi Melayu dah", "Melayu akan lenyap 50 tahun lagi", "Melayu hanya tinggal nama". Apa ke lancau kau mencarut tu? Siap tulis dalam buku. Jual kat 7E.
Orang-orang macam ni yang aku tengok, rata-rata diaorang macam ni jengkel dengan golongan Melayu yang tak reti cakap Melayu, tak reti makan sambal belacan gaul nasik makan pakai tangan, cakap liuk lentok, speaking mengalahkan orang yang duduk ceruk ladang kat Britain.
Wake up, yo.
Suka hati diaorang lah diorang nak cakap terbelit lidah pelat macam mana pun. Kau kuis pinggang dia, melatah bahasa melayu jugak. Kalau dia melatah keluar bahasa Itali, memang aku penampar dia lah. Jadi, apa masalah dia pada kau? Kulit dia sawo matang, campak la kat ceruk Seattle sekali pun, tetap diorg panggil dia Asians.
Sebab kau adalah engkau.
"Melayu akan lenyap 50 tahun lagi", apa ke lancau? "Melayu hanya tinggal nama", apa benda tu? Jaminan ke syurga ke kalau IC kau tulis "Melayu"?
Tak.
Apa guna, kalau kau bangga menjadi Melayu, pakai baju Melayu, junjung keris, berbahasa baku, konon nak pertahan hak sendiri, tapi pada masa yang sama, kau menindas bangsa sendiri, berbalah sesama sendiri? Tak. Itu bukan caranya untuk kau pertahan bangsa sendiri.
Hang Tuah tak pernah suruh macam tu. Dia cuma cakap "Takkan Hilang Melayu Di Dunia". Memang zaman dia takde Google, takde iPad. Tapi apa yang dia cakap tu masuk akal. Kau pakailah sehabis Dr. Dre pun, kau tetap Melayu, nak takut apa?
Apa guna, kalau kau bangga menjadi Melayu, tapi mengharap bantuan orang untuk kau berdiri. Parameswara pun bukannya dapat subsidi kerajaan masa nak bangunkan Melaka menjadi empayar. Harta dia sendiri (juga saki baki kuasa/pengaruh yang dia ada), mungkin. Sebab dia royal blood. Mengapa tidak kita?
Itu hak masing-masing nak utarakan buah fikiran. Aku tak kata aku betul. Dan hak juga kalau kau nak bermandi peluh darah air mata mempertahankan hak kaum masing-masing.
Ada aku kisah?
Dan tujuan aku post entri ni bukan nak menghasut sesapa. Lantak kau lah nak undi sapa pun. Nak fight untuk siapa pun. Ini pandemonium aku. Sanctuary aku. Utopia aku. Dunia aku. Apa jugak yang kau perjuangkan, itu hak engkau.
Aku tak salahkan kau pun, sebab aku percaya freedom of speech tu untuk apa. Demokrasi tu untuk apa.
Cuma pada aku, satu hari nanti, himpunnya kita di satu tempat yang sama, tak kira apa bangsa kau. Biarpun betapa bangganya engkau dengan warna kulit kau.
Sebenarnya aku bosan, so aku pun tak tahu aku merapu apa bende. Dan tengah marah, sebab dah dua bulan elaun syif malam aku tak masuk. Pukimak betul.
8 comments:
merepek ke ,
merapu ke.
ini adalah tuliasan ko yg TERBAIK!
thumbs up bro.
blog kau dah setanding Teh Tarik Gelas Besar. hahaha
teh tarik? hahahahaha. ni namanya pensive mode di kala bosan. :p
wow.
itu jer mampu cakap.
moe hebat!
aku suke entry ko yg ni. hahaha
*RESPECT*
One good and well written blog entry! Cheers!
hahaha. yep Gary, i AM mean. :p
Parameswara x dpt subsidi sbb die blom dpt kewrganegaraan lg n ak rs die org sumatera..haha
Walaupun kau cakap kau tak tahu nak cakap apa pasal politik Malaysia, sebenarnya kejujuran kau ni menunjukkan kau matang dalam Politik Malaysia.
BA dan BN pun OK! Memang kedua-dua ni patut ada untuk kita sebagai rakyat sentiasa menang.
Individualist pula sebenarnya... oh nanti jadi sangat panjang plak komen aku. padahal nak cakap entry ko best jer. hahahaa.. ok bye Moe! :-)
Post a Comment