Friday, January 23, 2009

cerita ali.

berikut merupakan karangan paling bodoh pernah aku tulis. sila baca kalau dah bosan sangat main internet. kalau tak, baik jgn. :)

ada seorang budak, namanya Ali.

memang malang betul budak ni. konon.
selalu sangat disalah anggap. konon.
even worse, selalunya dialah jadi bahan rujukan utama kepada setiap permasalahan.
hidupnya?
jangan cerita. memang malang la. kenapa?

beberapa ketika selepas hidup solo tak berteman, tiba-tiba satu hari secara tanpa sengaja, terbuzz ym kawan dia yang sangat lama agak menyepi.

tanpa banyak bicara, Ali yang ketika itu keseorangan sangat seronok dapat berbual dengan kawan lamanya seorang ni, Aminah yang sudah lama sangat tak contact.

"apa khabar? hows life? etcetcetc."

dalam beberapa jangka masa, beberapa hari jugaklah, talian bersahabatan yang lama tu makin rapat. ye la kan, lama tak jumpa kan? hmm.. mula la berjumpa. lepak sekali sekala.

dan paling menggembirakan si Ali ni, dia mula rapat sama itu Aminah. Aminah seorang minah yang baik hati, juga seorang yang cheerful, membuatkan Ali sangat senang lepak bersama Aminah, juga rakan-rakan beliau yang wonderful belaka sejujurnya.

Ali tidak keseorangan lagi. :)

namun, dalam dia, rupanya Aminah mula menyimpan rasa terhadap Ali. dan ya, Ali bukan bodoh, dia tahu Aminah menyimpan rasa.

cuma, malangnya Ali tidak tahu bagaimana untuk menzahirkan rasa insecurenya yang masih lagi membuak2. yelah, pernah juga in love dengan seorang lagi minah ni. kaw2 punya in love. last2 kena tinggal jugak, dek kerana laki lain.

jadi langkah terbaiknya bagi Ali, get to know each other better dulu. ye tak? tanpa terburu-buru, memandangkan Ali juga mula merasakan chemistry yang semaking lama semakin wujud, sungguhpun perlahan2.

tapi niat bodoh si Ali ini disalah anggap oleh Aminah, yang menyangkakan Ali merupakan seorang 'asshole' terbesar yang ingin mempermainkannya.

pada satu malam yang memang tak cerah, Ali terpaksa menolak permintaan murni Aminah, yang semakin tidak sabar menunggu. memandangkan ketika itu kemelut diri Ali yang cukup padat: kerja, keluarga, diri sendiri - yang sememangnya memungkinkan ketidakbahagiaan mereka berdua jika bersama dalam tempoh yang terdekat.

Aminah yang kemudiannya terguris, terus menerus menekan Ali sebagai seorang yang sangat bersalah, bagai Ehud Olmert. terus menerus membuat kesimpulan bahawa Ali seorang yang sangat zalim kerana mempermainkannya (sungguhpun pada realiti, jauh panggang dari api).

Paling bodoh, apabila Ali yang semakin desperate kerana tidak mahu kehilangan rasa happy yang dikecapi dalam beberapa bulan sebelumnya hilang serta merta, cuba untuk memperbetulkan kembali keadaan dengan pelbagai cara, termasuklah (langkah paling bodoh) menelefon rakan karib Aminah untuk mendapatkan sedikit kepastian.

dan atas jiwa yang sangat serabut, Ali secara tidak sengaja meluahkan perasan beliau, yang sama sekali bukan di dalam susunan ayat terbaik untuk difahami oleh rakan Aminah.

sekali lagi, niat Ali disalah ertikan. dan langkah bodohnya itu turut memakan dirinya setelah rakan aminah yang sangat sayangkan sahabatnya sepenuh hati itu turut mengecam cara diplomasi Ali yang semakin lama semakin terdesak.


kini Ali kembali keseorangan. paling teruk, kini dia dipersalahkan atas apa yang berlaku. semuanya.

dan seperti rantai cerita yang sungguh predictable, kini dia tidak lagi dialu-alukan untuk merasai kehappynessan yang pernah Ali rasai sebelum ini, untuk bersama-sama dengan Aminah dan rakan-rakan beliau. kena pulau la senang cerita, put in that way.

"awak, they're not welcoming you. because u have fucking ripped my heart."

haha.. macam mana tu?? adoii.. debush!

again, he's walking alone.


dia dikatakan selfish kerana tidak memikirkan perasaan Aminah (err, abaikan perasaan si Ali ni. dia memang tak guna).
dia dikatakan zalim kerana mempermain2kan perasaan Aminah (sungguhpun beliau tidak pernah berniat sebegitu. sungguhpun beliau gagal untuk menjelaskan kedaan sebenarnya pada Aminah yang sememangnya tidak paham. aaaaah, pegi mampus tu semua. padan muka kau babi)
dia dikatakan orang yang busuk hatinya, dan dilihat sebagai parasit yang paling hina.



so, what's the verdict, Ali? pergi tepi bukit dan terjun.



apa yang Ali mampu, beliau mengoyakkan sekeping kertas, serta menulis satu gambaran yang membayangkan hatinya kini:

"selak saku anda, keluarkan sekeping not RM1 paling kotor dan berkedut, pilih satu botol air mineral yang tersorok di dalam rak kedai runcit yang berdebu, beli, kemudian tuang airnya sampai kosong. tutup botol, pijak, sampai kemik. hentak2an secukup rasa. lepas tu sepak botol yang kemik tersebut ke tepi tong sampah yang melimpah2 sampahnya. oh, itu hati saya."


kini, apa yang tinggal di dalam ruang hatinya hanyalah satu perkataan: "redemption".

ceh. konon.


Ali ni, kalau jumpa je debik sampai lunyai.
sebab dia ni tak layak hidup. :)

DISCLAIMER: nama2 karektor di dalam cerpen bodoh ini adalah fiksyen. seperti hidupnya Ali juga.

8 comments:

Nadia Nor said...

...kau...nak try masuk pertandingan cerpen DBP ke?

El Moe de la Rocha said...

mmg tak ah kan. ayat terabo. haha!

Anna Bakhtiar said...
This comment has been removed by the author.
Anna Bakhtiar said...

em..
ali patut bersyukur!
sebab tuhan dah tunjuk jalan kat dia,ade hikmah le tu
kalo aminah ni the best for him,
dia akan stick ngan ali,
tp, ni br lambat sket, tak reti nak sabor2!
aminah never deserve ali la senanya..
relek..
there always someone for ali..
tak kat dunia pon, insyaALLAH kat akhirat kan? yang penting..jgn putus asa ngan rahmat ALLAH..
kemsalam kat ali la! hahaha...

bleh je masok pertandingan DBP tu nadia..tapi confirm dia dpt no 2nd last...



sebab aku last!

hahaha
hampeh!

Nadia Nor said...

haha apa ko buat kat sini Fuzie? 8D

oh btw aku drop sini sebab ko kena tag, nah buat :
http://langitdanawan.blogspot.com/2009/01/tag-gambar-paling-recent.html

sekian makaseh.

Anna Bakhtiar said...

hehhe..aku saje pusing dunia je nadia...menyemak kat mane2 page ikut suke hati aku l..lg satu, tag tu da buat l..lolz

Tatie Sharil said...

nicely put.
tableh nama cantek sket ke wak?
aminah.
huhu.

CBelliPFFT said...

HILANG! dude u stole my song :P hahaha kidding. hope u get better soon. xx

...are you lost, or incomplete?

Custom Search