Seperti yang aku janjikan, berikut adalah post2 gambar dari Radio Rosak JB. Byk sgt nak taruk, takde masa nak resize sebijik2 (malu nak taruk senanya, takde bakat pun). Haha.
Gile rock and roll mamat ni. Along from Zip Zieller.
Krew2 yang kepenatan keesokan hari, menunggu bas yang ceharam siputnya.
Leh buat cover DVD tak? :p Plague Of Happiness.
Nazri of POH. Viva! Viva! Viva! Viva le punk!
Leh buat cover DVD tak? :p Plague Of Happiness.
Nazri of POH. Viva! Viva! Viva! Viva le punk!
Hantu bass bernama Izzat dari Auburn
PRM (Papa Rock Malaysia)
Oh ya.
Baru-baru ni, aku sempat la mendengar satu slogan iklan di stesen radio tempatan, yang canangnya berkisarkan ttg "mahu memperjuangkan muzik indie malaysia.". And there's a short snippet la (skit ad), interview satu band ni yang mana salah seorang ahlinya berasal dari Jakarta. Masa band tu introduce ahli dia satu persatu, bila tiba tang brader Jakarta tu sebut je tempat asal dia, DJ tu boleh kata "Alamak".
Alamak?
As if like, that station yang (i think) memperjuangkan muzik indie tu, berasa janggal bila ada seorang ahli yang 'bukan' tempatan berada di situ. Pfft.
Let aside the fact yang aku kenal mamat2 dari band tu (taknak la biased kan), but the thing is.. to me, this thing has to stop. I know its a good thing nak perjuangkan muzik indie tempatan, but u don't even have to make such slogan, sort of an anti-campaign. Maybe that particular DJ just nak bergurau or takde niat pun (no offense), but if la kan aku antara dari kalangan ahli band tu, aku terasa beb. Band2 kita ke Indon pun, rilek je diorg sambut baikkkk punya. Takde pun diorg nak buat slogan2 mcm tu? Setakat ni, lagi byk positif feedbacks rather than negatives dari sumber2 yang aku korek. Biasalah, semangat nasionalisme tu mesti ada, tapi diorg rilek je?
And plus, boleh jamin ke mp3 files dalam iPod DJ-DJ station tu suma lagu tempatan? Or CD2 dalam keta diorg? Hehe. Kalau betul, tabik dowh. Serius merius!
So, moralnya? Ha lu pikir la sendiri beb.
Don't just say, ACT. Industri kita ni tak pathetic pun, so why do we have to make it look so bad, so desperate? But yeah, I do salute all the efforts, at least ada la saluran yang mudah utk band2 ni ke udara. Cuma.. rasionaliti. Tu je. Spread the love, not hatred.
Till then.
2 comments:
blah laa takde bakat *ikat ko kuat-kuat letak kat rel LRT*
at least ko dapat access nak amek gambar-gambar camtu, sila be grateful okeh.
dan penulisan ko aku suka baca walaupun kekadang tu agak emo wahaha *lari*
emo? cess.. hahaha! *melepaskan diri dari rel LRT*
ala, camera pinjam. :p ok la.. nak buat belasah belasah. haha!
Post a Comment