Thursday, November 25, 2010

Masa Depan Bangsa?

Ada la kawan aku kena basuh dengan beberapa orang brader. Kawan aku sorang ni adalah punker tegar. Mungkin pada brader-brader ini, beliau adalah contoh pada harapan bangsa yang semakin gelap, mungkin.

Aku tak nak amik port sangat kalau mamat-mamat yang disebutkan mengajak kawan aku sorang ni untuk ke masjid, berubah menjadi Muslim yang lebih baik dan bertanggungjawab. Fitrah manusia, semua nak cenderung ke arah kebaikan. Bagus la kan? Mengajak orang ke jalan kebaikan, itu Jihad. Bukan pegi letupkan diri kat pasar tani. Kalau kau mati kena pelepuh sebab ajak mamat ni pergi sembahyang Jumaat, insyAllah kau syahid.

Cuma, yang jadi kelakarnya, subjek utama diskusi pembasuhan lebih menjurus ke arah "Masa Depan Bangsa Yang Semakin Gelap".

Guess what motherfucka,

WE ARE ALL DESTINED TO PERISH.

Ye. Label je aku apa yang kau nak. Pembelot? Petualang? Cuma aku nak tanya. Apa yang kau nak perjuangkan sebenarnya? Apa motif perjuangan kau? Kuasa? Kekayaan? To secure yourself? Supaya kau mahu bangsa lain tunduk pada engkau menggigil dalam ketakutan?

The future doesn't belong to you. It's HIS. Kau tak ada upaya untuk tentukan masa depan bangsa.

Kau sendiri yang mahu wujudkan peperangan, sungguhpun kau selalu berkata kau bermotifkan keamanan. Apa bende sial. "Look around and ask yourself, has the battle been won, or lost?"

Contohnya mudah. Kau mahu perjuangkan bangsa, tapi banyak anak-anak bangsa kau sendiri yang mengeluh tak dapat biasiswa. Tak mampu nak bayar bebanan hutang pengajian, walaupun rata-rata mereka pandai macam kancil. Bagi yang mampu, boleh lah. Gagal 7 semester pun, macam bayar lunch kat Old Town je. Itu pun sem depan fail lagi. Sebab tiap-tiap minggu boleh pergi Changkat, bukan kelas tambahan. So what is left for those poor kids?

Ya, kalau kau tanya, aku bangga aku dilahirkan Melayu. Tapi aku takde rasa superior, bagaikan Melayu tu dah disenarai dalam VIP access untuk ke syurga. Tak. Mana-mana bangsa pun, sama di sisi DIA.

Jadi apa yang kau cuba buktikan?

Aku tak menulis post ni untuk bangsa yang spesifik. Tak kira apa bangsa kau sekalipun. Cina, India, Kadazan, Paduang, Melayu, Jawa, Boyan.. kita semua sama. Manusia dengan lima pancaindera. Semuanya revert kepada benda yang satu. And fuck no, I am not talking about 1Malaysia.

Dan paling lawak (kembali kepada perenggan pertama), brader yang membasuh tu sendiri rambut karat baju polo kolar naik.

Motherfucker you've made me a judgmental person. Oh, hell no.

2 comments:

syafiqxsaifullah said...

ni berader bongok 'garisan' yg jadi alat pemimpin bangsa sendiri!
melayu makan melayu.
apa ke lancut??

abun said...

yup,all people dare to die today for bad thing.Zzzz....Moe@per cer?

...are you lost, or incomplete?

Custom Search