Cuma aku terfikir je la, dengan kelulusan dan pencapaian tahun ni yang gila babi tinggi, agak-agak kau orang la, kemasukan universiti tahun ni macam mana agaknya ya? Senang ke tak?
Maka di sini la kepala hotak aku merewang pasal mak bapak yang penat lelah ikut anak-anak mereka panjat jabatan pendidikan nak daftar anak masing-masing kat universiti yang top-top gitu. Ye lah, anak dapat straight A, takkan nak masuk kolej komuniti ye dak? Malu ah kat orang kampung!
Tapi dengan kemasukan yang begitu ramai, akan ada satu dua budak yang tercicir. Maklum la, anak-anak kampung yang takde connection dengan datuk datuk datin datin tersohor, terpaksa la bertungkus lumus cari line internet kat kampung yang masih ada lagi yang pakai ASDL, apply untuk scholarship, universiti tempatan, sebab mak bapak tak mampu nak biaya pengajian diaorang.
Untuk kalian, aku salute.
Dan kepada yang kompem masuk universiti tu (walaupun ada sesetengahnya dapat result yang aku rasa kalau kau apply masuk pusat latihan Giat Mara pun rasanya diaorang fikir sepuluh kali), sama ada guna kabel letrik ke, kereta kabel ke, sila jangan sia-siakan peluang yang kau orang dah dapat ni. Sebab kau orang untung, peluang yang kau orang dapat dengan mudah, ada ramai lagi yang sangap tak dapat apa-apa walaupun result dia orang gempak.
Dan pastikan kau orang paham dengan apa course yang kau orang ambik, sebab ada juga mangkuk-mangkuk (rasanya termasuk aku dulu kot) yang masuk universiti sebab dah takde mana lagi nak pergi/takde apa lagi nak buat. Main hantam masuk, sebab course pilihan hati tak layak, dapat pulak tiba-tiba course yang kau orang sendiri tak tahu amende tu. Lepas tu, blaja setengah jalan, give up. Lepas tu mengaduh macam takde masa hadapan.
Dan kepada mereka yang langsung tak dapat apa-apa, jangan khuatir. SPM bukan maksudnya kau orang akan bergelap sepanjang hayat. Tak masuk universiti tak bermakna kau orang ni sampah masyarakat. Jangan duduk termenung, mengenang nasib, menyesal sebab selalu keluar malam merempit dengan bohsia walaupun SPM tinggal seminggu lagi (yang ni tak boleh cakap apa, memang kau sengaja carik nahas). Bina balik kekuatan diri. Kalau mampu, masuk private college, apply PTPTN (walaupun chance kau nak dapat bukan mudah sekarang ni). MARA jangan cerita la. Kalau kau dapat, memang kau power (macam aku). Kalau tak rasa nak study, mulakan sesuatu dari bawah.
Aku tulis ni pun sebab buang masa yang terlebih, untuk budak-budak yang sibuk dok buzz aku pasal hal ni. Ni pun kalau dia orang baca la. Dah dah, pegi main jauh-jauh dengan result SPM kau tu.