Monday, August 24, 2009

"MELAYU?"

"Janji Melayu.."

"Melayu mudah lupaaaaa.."

"Biasela.. Melayu kannnn?"

"Lelaki Melayu semua sama!" *aku quote dari satu filem tu*

And others, etc etc. Ok ok. should post this in Malay. Probably the worst intro, ever.

Ehem. Okay. Aku tak tahu la sejauh mana betul ke idak post aku ni. Tapi seriously, mmg it wears me out, setiap kali aku dgr statement2 seperti di atas. Not just because aku seroang Melayu tulen (by far, sebab aku tak tau la kot2 sebenarnya ancestor aku dari Monggolia ke Uzbekistan ke goheadgostan ke) and being defensive, but serious ly.. what the F, is wrong with u lot?

Okay, for some reason, statement tu lahir, mungkin disebabkan rasa tak puas hati terhadap bangsa sendiri, setelah kena tipu/kapur/or any bad deeds. But to blame on one cause, to me that is just sooo unacceptable. Kenapa nak salahkan bangsa sendiri? Kenapa Melayu? Ok, don't get me wrong, aku sama sekali tak ada rasa racist dalam post ini, langsung. Tapi kenapa nak mendowngradekan nama bangsa itu sendiri?

Ada la satu kumpulan hip hop, yang cukup aku menyampah dan berbulu, dek kerana sebuah lagu yang pernah diorg produce. "Kak, berapa harga bangsa ye? Sekupang kaa dua kupang kaa..". And to my amazement, they're (or particularly the girl) singing, about harga diri Melayu, while wearing short skirt and tight baby tee! Well, in most cases, tu maybe normal la dia nak pakai apa pun. But the general point is, kau menyanyi pasal harga bangsa sendiri, konon nak jadi rebel seperti Jebat, tapi lupa, yang attire sendiri dah mengalahkan orang bukan Melayu. Kenapa tak pakai je baju kurung dengan baju melayu? Oh.. mungkin panas kot.. tah "hot"-lah! Pfft!

And when shit happens, kenapa perlu ungkitkan sentimen Melayu? Kita manusia semuanya sama. Hemoglobin semuanya merah, tak ada hijau, ungu, pelangi mahupun silver. Biarlah kau tu African ke, Arctic ke, Hispanic ke, semua sama di mata-Nya. Dan tak ada kena mengena pun antara kesalahan tersebut dengan being Malay. Kalau misal kata, kau berbangsa.. Italian. Kalau kau buat salah, kau tetap salah. Kalau kau berbangsa India, kalau kau betul kau tetap betul. Jadi sebenarnya, tiada langsung persoalan "kalau dah Melayu tu mmg bungko jugak". Siapa yang berusaha, dia berjaya. Statement yang mmg tak boleh disangkal. Apa sahaja bangsa kau, kalau pemalas, takkan kemana.

Not trying to be defensive, tapi, kalau boleh cubalah kikis rasa sentimen tersebut. Jangan salahkan Tuhan yang lahirkan kau sebagai Melayu, bodoh. Atau apa sahaja bangsa anda, jangan salahkan keturunan anda. Kebodohan anda hari ini tiada kena mengena dengan mereka.

Kepada orang Melayu yang diluar sana, dah dah la tu. Kita hidup tak lama. Dari dok pening kepala nak memikirkan kononnya dilema orang Melayu la apa la, lagi baik kalau kau kenali potensi diri dan jadi manusia yang terbaik sebelum mati. Stop whining like a bitch, on why you were born as a Malay. Be proud of it. And to other races as well, be proud of what you are. Cuz we are all mere humans. And as for our case, we are all Malaysians. Bak kata arwah Yasmin Ahmad, "kita anak-anak Malaysia".

p/s: tgk, aku pun hipokrit. bajet nak tulis all in Malay. masih tak berjaya. pffft.

6 comments:

Anonymous said...

I agree.. asal u work hard, there's nothing can stop u from being successful..

1Malaysia - we are all malaysians..merdeka!!! lol..

El Moe de la Rocha said...

exactly!

haha... jom la jamming!

Intan Noorazlina said...

100% agree...

A-FIQSTER said...

exacta!! but apa telah mendorong encik untuk menulis ini? adakah anda tgh emo? atau telah ditindas? heheh

El Moe de la Rocha said...

haha. tak.. just getting annoyed by those bunch of people who're not proud of being themselves, and blaming others for their mishaps. cewwaaah!

chaon said...

between melayu & "melayu" heheh

...are you lost, or incomplete?

Custom Search