Wednesday, December 16, 2009

Hari di mana aku rasa macam babi.

Nota kepala: dos entri ini mengandungi kadar kemencarutan yang sangat padat. jadi kalau taknak sakit mata baca, sila jangan.

Serius aku tak pernah rasa cenggini punya sakit hati.

Hari di mana aku tau betapa rendahnya nilai aku sebenarnya. Hari di mana aku rasa aku ni bagaikan keldai tunggangan paling berguna untuk kebanyakan manusia disekeliling (aku takleh kata SEMUA, sebab aku rasa, masih ada yang punya nilai manusia, masih ada yang aku sayang sampai aku sanggup tukar nyawa aku, dan aku tau, mereka sayang aku juga).

Boleh dikatakan sepanjang hidup aku, 90% aku dedikasikan masa, tenaga dan usaha untuk orang lain. Bukan nak tunjuk sgt aku pathetic atas simpanan rasa untuk meminta simpati (yang sememangnya mmg pathetic pun) tapi itu fakta.

Bila mana aku diperlukan, aku ada. MCMANA SESAK PUN, aku ada untuk kau. Hah, apa? Ko sangkut? kat mana? ohhh tak apa, nanti aku mai. Hah, apa? ko tak makan lagi? nah amik ni RM5, pegi beli apa yang patut. Ha? Apa dia? Balak kau buat hal? Takper, aku sudiiiiii nak dgr cerita ko tu, ceritalah sampai lebam, aku sedia dengar. Ha.. apa di..

Itu akulah. Aku.

Tapi? Apa natijahnya? Ada yang best tu, aku kena gula perasaan aku bertahun2. Empat tahun kena guli mcm bola, jiwa kena main macam babi. Still, bila aku diperlukan, buzz la aku kan? Waiseh, aku sanggup lagi tu! Punya ihsan taknak tgk dia serabut kan? Biaselahhhh, aku ni MEMBER kan. (Terma MEMBER lebih relevan zaman sekarang; maksudnya - keahlian yang BIASANYA perlukan 'yuran'. Mana ada lagi dah orang guna perkataan kawan?). Ada yang lagi bagus tu, baik2 dengan aku sebab ada maksud, ada agenda tersendiri. Bila agenda tak kesampaian, aku pulak dicop sebagai 'asshole'. Sebab aku ni tak berguna. Ada yang anggap aku macam adik beradik, bila susah carik aku, bila senang KAU TIKAM BELAKANG AKU MACAM BABI. aku call semata2 nak ajak lepak, langsung tak berangkat - macam aku nak mintak nyawa, padahal aku dah kira halal dah duit engkau tu, biarpun bukan sesikit2 amount ko pajak dari aku. sial kan perangai?

Yang bestnye, bila aku sangkut, mana muka2 tu semua? Muka2 yang menyeringai datang carik aku bila ada masalah, bila boring, bila takde kawan lain nak diajak lepak, bila balak/awek buat hal, bila sangkut, bila tersungkur, bila.. ahhh. Fikir sendiri.


Mudah sahaja, sebab takat ni masih belum lagi ada orang yang sanggup nak dengar apa aku nak luah, apa masalah aku, tanpa perlu interruption/tukar topik - seperti mana yang AKU SELALU SANGAT BUAT UNTUK MEREKA. tapi sangat2 jarang. apatah lagi yang layak untuk digelar sahabat di akhir zaman ni? memang tak ade lah. yang ada pun aku boleh bilang dengan jari sebelah tangan je.



ergh.

*inhale/exhale sedalam mungkin*


Ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk mengharungi benda2 macam ni.

5 comments:

Intan Noorazlina said...

biasa tu kalau jadi gitu... kdg2 kita terlalu fikirkan perasaan org lain... been there, felt that... kalau org gitu boleh je kata kat dia "pegi jahanam la ko", "like i need u so much!!!"... sabo je, bila org tersebut dtg semula kat kita, masa tu jgn segan nak pulang paku buah keras.. bg je sedas dua...

yui said...
This comment has been removed by the author.
yui said...

ouh
saya rasa
saya tidak tergolong dalam
kelompok babi yang dimaksudkan

i hope so!

Azri Rotten said...

dude "member" ramai bleh carik. yg true sket je. yg x bape nak true rembat ar gigi seko2..

adzMie said...

wowowowoo...
sabo dude..
mreka smua mcm tue=D

...are you lost, or incomplete?

Custom Search