Monday, June 28, 2010

serius aku lapar dan bosan.

kadang-kadang kita lupa;

ada orang yang selalu perhatikan kita dari jauh,
perhati gerak geri kita.
observe segala benda di sekeliling kita.
bukan stalker, hanya ingin memastikan yang kita ni selamat.
kita ni okay.

kadang-kadang kita lupa;

orang tu banyak berkorban untuk kita.
kadang-kadang terlampau banyak, sampai kita sendiri tak nampak.
orang tu bersusah payah untuk adakan diri dia untuk kita bila mana kita perlukan seseorang.
dan orang macam nilah yang selalu kita abaikan.
yang selalu kita letak pada petak terakhir bila kita senang.
dan hanya kita jadikan priority bila kita sangkut tak tau nak buat apa - sebelum kita kembali lupakan dia bila kita dah lapang.

kadang-kadang kita lupa;

kita dahulu keseorangan. sangap. sakit. tekanan jiwa.
orang itulah yang datang bersusah payah semata-mata untuk menemani kita.
orang yang benar-benar cuba untuk faham siapa diri kita.
orang yang benar-benar mendengar, bukan hanya membetah/memangkah/memotong cakap kita bila kita bercerita tentang masalah kita.
dan orang macam ni lah yang akhirnya kita lupakan bila satu masa kita tiba-tiba dikelilingi oleh kawan yang bila-bila masa sahaja boleh lupakan kita.
kecuali dia, yang masih memerhati kita, walaupun dia keseorangan seperti kita tu.

kadang-kadang kita lupa;

ada orang yang sanggup menjaga hati kita.
apa sahaja kata kita, diiyakan.
apa sahaja pendapat kita, diterima.
apa sahaja kemahuan kita, dituruti.
namun orang macam ni lah yang kita selalu lukakan hati dia tanpa kita sedar - terutamanya bila kita rasa kita tak perlukan dia.
sampai satu tahap, kita menyampah nak dengar nama dia, apatah lagi nak tengok muka dia.
benci? tak mustahil juga.
dalam menjaga hati orang lain, kita lupa hati dia yang selalu menjaga hati kita.
namun dia tetap tidak berganjak walau seinci, sebab dia rasa/tahu satu hari nanti, dia harus bersedia untuk menjadi last-option-comfort-pillow bila mana tak ada orang lain lagi yang akan berada di sisi kita - sungguhpun hati dia dah penuh parut, luka-luka dan darah akibat perbuatan kita, hanya mampu untuk makan hati seorang diri tanpa ada tempat untuk dia pergi.

kadang-kadang kita lupa;

kita rasa diri kita tak dihargai.
kita rasa diri kita tak disayangi.
namun dia ada disitu, sungguhpun dia tidak pernah memberi tahu apa harga kita pada dia, kita adalah segala-galanya pada dia.
hanya disebabkan dia tidak mahu kita berubah hati kepadanya, dia pilih untuk tidak cakap secara terus, sebaliknya dia lakukan sahaja dengan harapan kita akan nampak suatu hari nanti. sebab dia bukan jenis yang hanya pandai cakap, tapi tak buat.

kadang-kadang kita lupa;

dia selalu letakkan kita pada senarai keutamaan yang paling atas.
kita selalu ketepikan dia pada senarai yang paling bawah.
dia selalu buat kita rasa yang kita ni istimewa, kita adalah sesuatu, adalah seseorang.
kita dilayan bagaikan raja, dan kita juga cuba untuk memberi layanan yang sama.
namun kita mudah lupa, apa bila hidup kembali lapang,
dia hanyalah seorang yang biasa pada kita.
kita layan dia macam biasa.


suatu masa nanti, kita akan terasa kosong bila kita kehilangan dia. mungkin, kita akan menyesal dengan diri sendiri. terlambat? sendiri fikir.


kadang-kadang kita ni lupa;

yang dunia ni bergerak dalam bola bernama Karma.
dan seperti yang selalu kita dengar: "Karma comes in double".
kita lupa, yang kita pada suatu hari nanti akan melalui benda yang sama.
cuma bezanya, dia akan sentiasa perhati diri kita dari jauh,
menunggu kita untuk kembali mencari dirinya yang kita sendiri pun ingat-ingat lupa.

dan percayalah, karma tu memang tak best. sakit doh.

kenapa?

sebab aku sedang melalui Karma Codes tersebut.

Macam cilake. Serius. Padan muka kau Moe.




Sila pakai tali pinggang keledar, anda mampu mengubahnya.

2 comments:

Cik Bucken said...

pesal plak ko ni jang oi~

Tatie Sharil said...

i like this. :)
nnt nak pinjam.

...are you lost, or incomplete?

Custom Search