Sunday, December 7, 2008

muzik dan professionality.

ya, aku bertuah sebab dapat tgk andra and the backbones last saturday. banyak siot benda yang aku belajar, to be honest.

first and foremost, aku bukanlah peminat dewa, even tho aku pernah la jugak asik pasang satu dua lagu tu je dua tiga kali, but as for Andra and his mates, itu lain kes. boleh katakan, aku more towards Andra even tho dia dengan Stevi antara tulang belakang untuk Dewa jugak.

kenapa?

Hmm.. aku taknak elaborate pasal music dia sgt, sebab itu bukan isunya. mmg music dia ok, best. tapi aku tgk benda yang lebih jauh dari tu. jugak setelah aku berbual dengan mereka sendiri.

professionality, itu yang kebanyakan band kita tak ada sejujurnya. baik mainstream atau indie. bukan semua ya, not all, but most of us. trust me.

persaingan muzik di Indonesia, FAKTANYA, memang lagi pesat dari kita. itu kita tak boleh nak deny, sebab faktor geografinya, diaorang lagi ramai dan kawasan negara diorg besar. even tho aku still belum berpeluang nak tengok dengan mata aku sendiri, dah banyak kali aku menimba pendapat even dari yang berasal dari sana sendiri.

untuk menjadi yang terbaik antara jutaan band di sana, diaorang harus lakukan segala2nya sebaik mungkin. Steven And The Coconut Treez, even tho band tu takdela terkenal macam Perterpan, namun tetap ada tech dan roadie sendiri. even sound engineer. bayangkan. manager? tak payah cerita. lengkap. itu mungkin formula mereka.

masalahnya kita di sini (bukan masalah sangat, cuma keadaan tu), kita masih kurang persaingan. kebanyakan budak2 nak buat band sebab? nak popular. nak carik awek. sebab trend. sebab ramai yang dah ada band, aku pun nak jugak. well, tak boleh nafi ada sebab2 tu sebenarnya boleh pakai (mana ada org 100 percent jujur kat bumi ni kecuali para Anbiya' dengan sahabat2). tapi tak kesah la.. jangan sampai obvious.

ini.. bulan ni form band, buat dua tiga lagu, main dua tiga gig, dah rasa besar, lepas tu lima bulan, senyap. sejauh mana engkau rasa engkau serius nak bermuzik? ha.. bukan senang tau.

aku rasa la kan, kalau la keadaan ni terbalik, atau kita ni macam indonesia keadaannya, rasanya kita boleh maju kot LOL. bayangkan dalam keadaanekonomi yang kadang2 huru hara, mereka kena berusaha untuk jadi yang terbaik. hardship tu. bukan senang tau.

berbalik kepada andra and blablabla, dari apa yang aku tengok, aku cukup kagum dengan keprofessionalitian mereka.

sampaikan, satu tahap, bunyi buzzing/cracking sikit pun dah buat muka mereka berubah gila. nampak tak? kita.. bunyi pecah macam mana pun.. balun ajelaaaaaaaaaa. itu belum lagi cakap pasal guitar tech apa semua. (haha, aku pernah kena sound apa, "guitar tech? ko sanggup ke jadi macai orang? ish.. tak malu ke?" :p iklan.)

haha.

jadi, mana professionalnya kita? ukur sendiri. bukan maksud aku nak merendahkan sesiapa, aku pun dari tanah yang sama. cuma.. renungkan untuk kebaikan sendiri.

1 comment:

GigKL said...

woish, this is cool! like a malay version of my blog :D talking about gig/music scene issues :D haha. u actually brought up things i wanted to say myself xD hahaha! too late for meee!

by the way, i read ur blog about bukit antrabngsa.. the dugaan - hujan bit made me LOL xD but i agree, man.

...are you lost, or incomplete?

Custom Search