Saturday, December 19, 2009

Racism, anyone?

I stumbled upon few entries today, and few comments which made me think, and stopped for a while. Figuring out how narrow-minded can a mere human be when it comes to survival.

Baiklah, biar aku canang entry ni dalam bahasa Melayu, lebih mudah.

Berpaksikan motif "kedaulatan bangsa", sanggup juga si polan ini mengetepikan hak-hak manusia lain yang rasanya dia lupa, orang yang dibenci itu juga manusia yang punya hak untuk bernafas dan berjalan di muka bumi Tuhan ni.

Dia lupa, tempat pertemuannya dengan rakan2 dihujung minggu, kebiasaannya (atau setidak2nya pasti sekali sekala) restoran India Muslim, atau senang cerita mamak nasi kandar 24jam, yang rata2nya pekerjanya terdiri dari golongan yang bukan sebanga dengan beliau.

Dia juga lupa, baju yang dipakainya tu pun bukan dijahit oleh kaum sendiri (sebab nyata juga si polan tesebut memakai pakaian yang bersesuaian dengan ideologinya, bukan baju melayu pun). Dengan gaya yang sebenarnya lebih terarah kepada barat, melaungkan slogan pro-kaum-sendiri, dengan pengisian yang kononnya membela bangsa, agama, dan budaya sendiri.

Dah lebih 50 tahun kita hidup di semenanjung tanah yang suatu ketika dulunya digelar Tanah Melayu - penghujung paling selatan bagi tanah besar benua Asia. 50 tahun, hidup bersama pelbagai bangsa, budaya dan agama.

50 years, of living in disguise.

Disguise? Ya. Kerana masing2 masih lagi tertanam jauh di dalam jiwa mereka, bibit2 nilai pekerti negative dipanggil racism. 50 tahun weh, ada yang dah arwah, nyawa tak sampai sepanjang tu. 50 tahun berpura-pura yang kita berpuas hati dengan langkah Tunku Abdul Rahman, membawa semua kaum untuk bersatu dibawah satu bendera menuntut kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu, berupra-pura kita menyayangi beliau, menyanjungi pengorbanan beliau, namun jauh di sudut hati, tertanam lagi prosa-prosa "kalaulah aku dapat putar kembali masa dah ubah segalanya.."

Jangan begitu, kawan.

Jangankan kerana rasa hasad dengki di dalam diri melihat kemajuan yang dikecapi oleh bangsa lain, kita mempergunakan sentimen yang sebenarnya lebih memperlihatkan kebodohan bangsa sendiri dalam menangani rasa hasad tersebut - dalam erti kata lainnya "immature".

Kita cemburu melihat bangsa lain bangga membelah jalan dengan kereta mahal-mahal, rim berkilat2, sedang kita hanya membawa kereta jenama biasa. Cemburu melihat bangsa lain mampu membeli bangunan besar-besar, punya syarikat yang pulangan kapitalnya mampu menampung keperluan hidup sampai mati, sedangkan dalam poket kita hanya ada Rm3.10, cukup sekadar minum teh tarik dan sekeping roti canai (sekali lagi: mamak). Pun begitu, masih hebat lagi berhujah menabur idea yang tak bertepi (kononnya!), padahal, as they say, HABUK PUN TARAK!

And yet, you bitch about how "oppressed" you are by other races.

Sedar atau tidak, masa yang diluangkan untuk menabur bibir-bibit kebencian anda itu tidak akan berhenti, masa akan terus berjalan sehingga tiba waktunya untuk berhenti. Dalam masa yang sama, bangsa-bangsa yang anda caci itu juga tidak akan berhenti untuk terus maju kehadapan. Namun, anda, bagaimana? Masih disitu, melaung2kan slogan anda yang tidak ketepi ketengah?

Paling langsung tidak relevannya, ialah menggunakan ideologi barat, yang kononnya diadaptasi untuk "disesuaikan" dalam acuan perjuangan anda. Mula memakai lambang2 yang langsung tidak ada kena mengena dengan jati diri bangsa. Bahkan, jika diberi peluang, mampu menulis sebuah buku yang lebih tebal, lebih padat, lebih mendalam dari Mein Kampf.

Apa guna mendabik dada dengan lambang2 tersebut di baju, beg, hatta ada yang mencacah tatu di badan, sedangkan entah pengasas ideologi tersebut sendiri tidak pernah tahu yang bangsa anda tu wujud.

Sedar atau tidak, kadangkala, penindasan itu datangnya dari bangsa sendiri. Contohnya? Bila bekerja dengan bangsa sendiri, diberi pulangan yang tidak setimpal dengan bebanan kerja. Bila bersungut, kata bangsa sendiri tak reti bersyukur. Bila buka perniagaan baru, akan ada jiwa-jiwa yang rata-rata dari bangsa sendiri mendengki. Cuba jatuhkan sesama sendiri. Santau lah, sabotaj lah. Bila bangsa sendiri memulakan sesuatu perkara yang baru, terus dipandang hina, diejek, dicaci, bukan sokongan yang diberi... apa bende yang merdeka?

Mahu menidakkan lagi?

Rilek la kawan, tak ada guna nak merusuh, tak ada apa yang nak diperjuangkan dah. Buat apa pening kepala, menghambur nista, menghunus senjata?

Aku bercakap, bukan hanya kerana aku hidup berkawan dengan bangsa-bangsa lain juga, sebab aku sedar, tuhan tidak ciptakan manusia dari pelbagai warna kulit tanpa sebab. Dia mahukan kita untuk saling mengenali, saling memahami. Semuanya datang dari rumpun yang sama, berbapakan Adam A.S, apa lagi yang nak dikecohkan?

Jangan iri hati dengan kaum Melayu, mereka suatu ketika dulu sanggup mati bersama-sama bangsa lain demi kemerdekaan tanah sendiri. Jangan iri hati dengan kaum Cina, mereka sanggup berkongsi hasil ekonomi mereka dengan kita untuk kemajuan negara. Jangan iri hati dengan Kaum India, datuk nenek mereka sanggup meredah hutan menoreh getah untuk kemajuan negara. Tak perlu lagi kita menidakkan kepentingan bangsa lain dalam kehidupan kita seharian. Tolak tepi tragedi 13 Mei, itu semua berlaku disebabkan kejahilan masing2 tentang perlunya antara satu sama lain.

Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi Racist. Jika tidak, istilah "kafir dzimmi" tidak akan wujud. Piagam Madinah juga mungkin merupakan sesuatu yang mustahil. Nabi junjungan tidak pernah meminta umatnya mencaci, menyelar bangsa lain. Masakan seorang Yahudi yang membaling najis ke arah baginda, tidak pernah dibalasnya dengan kekerasan walau sedikitpun, inikan pula kita umatnya?

Ingat, di SANA, bangsa bukan lagi dijadikan ukuran untuk ke Syurga atau Neraka. Hanya amalan dan taqwa.


dessert bite: serius, aku menulis pun tunggang langgang. sibaik cikgu BM aku takde blog, kalau tak mati aku.

7 comments:

Nadia Nor said...

demm son, some days ago aku pun terpikir pasal mende racist ni. aku suka apa yang ko tulis ni, serius.

honestly aku baru sedar yang aku sendiri adalah seorang racist sebenarnya; tapi racist yang ke arah macam : "oh bangsa ni tipikal buat _____" sebab nak carik link antara bangsa-bangsa berlainan bukan senang kan.

again, more writings like this prz? :3 kudosss

Azri Rotten said...

aku nak artikel ni bleh? nak print & spread.

CBelliPFFT said...

Haha, dude, nice. :) upcoming post from KLmosher soon. BUT i dunno man, it's like, I usually write about music, so i still have to string it back to music in some way. I don't wanna start talking about racial probs specifically. in my next post, i will quote some of your words man.
:) IPOH ROCKED!

El Moe de la Rocha said...

nad: hahahahaha. "aku menulis bukan kernaaa namaaaaaaaaaaa" - Ramli Sarip. :p

Azri: yeah, go for it bro.. tapi aku tulis bukan best mana pun. :)

bummy: WE rocked! haha. but u rocked better la, i din get to mosh, whilst u did! pfffffffft.

Anonymous said...

Good one, brudder..

I'm always impressed with you writings. I suck all at that..no wonder my bm/bi karangan like shit..lol


keep it up..

El Moe de la Rocha said...

gary: ye lah tu.. i suck dude! just look at them paragraphs! hahaha. anyway, its for the generations dude. thats it. :)

Intan Noorazlina said...

Good one!! this is the kind of thinking that we need.. wish that 1MALAYSIA read this masterpiece of yours...

...are you lost, or incomplete?

Custom Search