Monday, April 27, 2009

"We were merely freshmen..."

I think it would be best, if aku mulakan post ni dengan link ni.

The Verve Pipe - The Freshmen

Kalau korg rasa korg baik hati atau lapang masa, try download lagu ni, play it as bg music, dan proceed dengan bacaan korg. (Baik betul aku ni. Siap bagi link donlod free. Baik kan? kan? kan?)

Ada apa dgn lagu ni?

********

Aku bangun agak lewat semalam. Ahad.. just like a normal Sunday would do. And yes, aku bangun agak "awal" dari schedule "sepatutnya" (malam semalamnya aku, akak aku Fisha, akak angkat aku Renee jugak member baru Fish, Ariff dok melantak ke karoke sampai 3 pagi. Cis). Bangun dengan tekad dan keazaman yang bulat, sebab japgi nak attend wedding kawan baik aku, Ojie (frontman Stonebay).

Tak tahu apasal, lagu The Freshmen tu mcm terngiang2 dalam kepala, dari aku bangun.

Mandi, siap, pakai cechantek. Then aku preng2 dengan kadar kelajuan yang sederhana (RXZ aku bukan laju pong) ke Tiara Damansara. And guess what? Aku nanyi lagu Freshmen tu, all the way.

Sampai Tiara, call budak2 ni (sebab diorg kat JB, utk show Radio Rosak.. yang aku tak dapat pergi tu *sob sob*), masing2 BARU gerak. Chaist hahaha. Takper, aku tunggu. So I waited for like, few hours. Then, aku ke Pelangi Damansara lepak ngn Izrul jap. Dia pulak sedang sibuk mengemas (sebab dah abis exam, then lepas ni nak move out dari umah tu, nak practical kat Alor Staq pulak).

Tetiba rasa sedih, sebab, dekat 3 tahun aku duk melepak kat umah tu. Mcm2 gak memori aku kat situ. So kalau dia belah, aku pun takkan jejak lagi la ke situ. And Izrul, by far, is my BESTEST FRIEND EVER yang pernah aku ada. Yang paham aku serba serbi. Boleh aku katakan, he's my other half. I dun think that it's gayish to say this, but dialah member paling aku sayang.

And, lagu The Freshmen sekali lagi terngiang2 kat kepala.

Aku gerak balik ke Tiara - diorg dah sampai. Jumpa la Izuan (frontman Auburn), Tajul (guitar tech Loque Butterfingers yang terhormat), Bobo and the rest. Buat2 lawak bodo, pecah perut masing2 walaupun diorg kepenatan. Memang seronok. Then, dengan muka konfidennya kitorg bertolak ke Klang. Destinasi: rumah mertua Ojie jugak parent Azura. Sampai ke Klang, masing2 meraban, sebab tadi konon mcm tau, pastu sesat. Bayangkan pergi kenduri kawin, pukul 6.30 petang. Gila tak? Periuk lauk pun dah bersih kena sental. Sibaik time tu diorg ada stok lagi lauk utk kitorg. Apa lagi, sapu la sampai kembung perut.

And bila melihatkan Ojie ngn Azura yang sgt happy (dah selesai.. biasela.. hehe), kepala aku terngiang lagi lagu tu - aku rasa masa berjalan dgn slow.

Congratz to both of them. May they live happily ever after.

And oh, finally aku dapat tgk ex-Izuan (and aku tak rasa lepas ni boleh consider ex dah) named Ruby yang datang sekali dgn dia. Haha. And menurut dia, he's getting along with her now, which is totally good and i'm damn happy for him, such bliss. Well bro, the door is widely opened for you now. :)

Again, lagu The Freshmen sekali lagi terngiang2 kat kepala.

Lepas tu balik la kan. Lepas anta Ruby, aku ngn Izuan sempat merayau ke Uptown Damansara. Riki2 DVD. and borak2 lagi ngn Izuan, yang nampaknya sedang happy dengan keadaan dia sekarang. Lepak kat umah dia jap, mintak dia ajar main intro Sumpah Semesta yang sumpah sedap, menggunakan tuning DAEABE (guitar nerdie, sila ambil nota, tuning ni sgt senang dan best). After 11.00pm, aku mintak diri sebab dia pun mcm nak tumbang dah. haha.

Dalam keheningan malam, aku preng2 dalam kadar kelajuan agak maksimum, sebab aku pun cam dah ngantuk.

Again, lagu The Freshmen sekali lagi terngiang2 kat kepala.

Ngam2 kat corner flyover kat Flora Damansara ke Penchala...
........
...moto aku tetiba mati. Sebab tank kering. Damn, lupa isi minyak! Tula, preng2 sangat, hambik.

Dengan machonye aku menolak moto menuju ke stesen minyak Caltex yang letaknya kira 2-3 kilomter. Sibaik la ada mat rempit yang baik hati, sanggup berhenti and tolak moto aku dari belakang. Sampai ke stesen, aku discover satu bende yang agak ajaib - cashier dia mamat Jepun.

Agak2 korg, dalam byk2 pam stesen, biasa korg tgk bangla, myanmar, indon je keje kan. Pnah tgk org jepun keja kat pam stesen local? Gila takleh blah siot. Tapi dia peramah la, sgt courteous, walaupun aku ke counter hanya untuk isi minyak RM20 (full tank!) juga sebotol minyak 2T. Hmm..

Again, aku preng2 dengan lajunya (sebab yakin dgn tank yang penuh), and again, lagu The Freshmen sekali lagi terngiang2 kat kepala.

Sampai rumah, tukar baju, kemas skit bilik (ecehhh). Dan, aku landing dengan penuh bergayanya. Terasa mcm Dwayne "The Rock" Johnson.

And semua aktiviti hari tu mcm flashback balik, dengan lagu The Freshmen terngiang2 jadi background.

For second, aku rasa rindu sgt kat kawan2 aku. And terbayang jugak kawan2 ex-school aku. Amar, Nangko, Apai, Manja, Amok, Abun, Lonjong, Payat, Yusri, Azmir, Lutfie, dan lain2. Semua dah merata dunia. haha.



Tau2 aku tertido. Dengan lagu The Freshmen bermain di application Winamp PC aku.



Ye aku tau, post yang bosan. well at least korg tau apsal aku emphasize lagu tu. :p




dessert bite: aku sekali came across dalam mimpi aku, ada mamat (aku tak tau sapa - blurry image dalam mimpi) sound aku, "dude, take a look at yourself. you're not in a condition to be dated by anyone, to be loved by someone. sapa je nak kat ko?" -- lebih kurang mcm tu. well, bila fikir2 balik, haha. mcm betul jugak. at least aku happy ngn hidup aku. :)

3 comments:

Nadia Nor said...

aku suka post ni.
sebab sangat honest yet convey sume apa yang ko rasa (aku rasa laa).

aku envy ngan experience yang ko ada, ngan cara ko buat ayat.

sekian terima kasih.

ps : ala takde orang nak date ko, tu pedulik hape kan. jodoh manusia kat tangan Tuhan, kalo ada tu ada laa, takyah pikir bebanyak. take in what you have now, it's more than enough.

El Moe de la Rocha said...

oh? tajam gile mate ko. aku cuba buat sentence yang last tu sekecik mungkin. haha!

Nadia Nor said...

ah makaseh (despite power spek yang makin bertambah).
kalo ko taknak orang baca, baik takyah taip terus~ font kecik tu gimik je XD

betul? betul?

...are you lost, or incomplete?

Custom Search