Thursday, July 15, 2010

As High As Wu-Tang Get.

Eh, lupa taruk tajuk.

Okeh, ni cawan ketiga Nescafe Cream+Sugar+Sugar (yang aku pajak dari coffee machine kat pantry - 10 sen per cup je der!) aku telan untuk ketika ini. Sah-sah kepala aku berpinar.

Nak lawan ngantuk konon, ceh. Pemalas tu pemalas lah.

Anyway, tadi aku "terchat" dengan sorang kawan. Dan kitaorang borak about some random stuffs.

Tiba pada satu topik yang agak bodo, namun fikir-fikir balik, masuk akal jugak.


Pada korang yang keja opis, atau bakal kerja opis (sila bayangkan floor yang penuh dengan orang-orang pakai formal, bawak fail, photocopy machine, cubicles, PCs.. dan lain-lain), pasti akan ada terma "Dragon Lady".

Apa ke lanchow tu?

Ye, secara amnya "Dragon Lady" ni merupakan terma untuk figura seorang WANITA spesifik di dalam pejabat, yang biasanya mampu membuatkan orang yang paling tekun dan tajam tumpuannya mampu berhenti bernafas seketika. Boleh buat anda menoleh ke belakang jika berjalan melintasi beliau. Mampu membuatkan anda senyap-sunyi walaupun sedang seronok berbual dengan rakan sebelah. Bagaikan seorang jaguh yang mahir di dalam Hikmat Kitaran Asura, Tahap Kesempunaan.

Pernah tengok cerita Simon Pegg "How To Lose Friends & Alienate People"? Sila download dan tonton.

Gambaran kasar:

Ye, yang tengah-tengah tu. (Excerpt from the mentioned movie)

Apa kriteria-kriterianya "Dragon Lady" ni?

1. Cara jalan.

- Memang jarang toleh kiri-atau kanan. Takde maknanya dia nak senyum kalau terpandang muka kau. Dan biasanya dia jalan lurus, takde bengkang bengkok, dengan kelajuan yang lebih 3mp/h dari manusia pejabat biasa. Kalau dia pakai heels, boleh dengan keletak keletuk lantai sungguhpun lantai pejabat anda beralaskan karpet. Catwalk, mungkin.

2. Cara cakap.

- Dia hanya akan jalan terus ke cubicle anda (jika anda sasaran yang dikenalpasti) dan hanya akan bercakap dalam tona rendah dari desibel manusia biasa. Takde la sampai tahap gibberish macam Godfather. Tak payah nak buat lawak, dia takde masa nak dengar lawak kau. Paling koman pun, senyum tiga saat, pastu kembali ke parabola asal.

3. Cara berpakaian.

- Elegan dan professional. Normally a coat, blazers, shirts (yes, shirts) yang biasa kau tengok kat Topshop, pants, atau paling koman pun skirts (dalam kadar kepanjangan yang agak waras, bukan jenis mini skirt tahap nampak pangkal peha). Sebab dia faham apa maksud "being professional" bila time bekerja, ni bukan nightclub.

4. Position

- Biasanya diaorang ni dah ada certain jawatan dalam pejabat tersebut. Paling koman pun assistant manager.

5. Ride

- Disebabkan mempunyai jawatan yang menarik, jadi kereta pun of courselah bukan tahap Myvi. Paling koman Honda Accord tahun 2009. Auto. Kaler kereta biasanya silver, tak pun hitam.

6. Hot

- Macam mana elegan pun, dia tetap nampak hot. Curvy, cutting ala-ala model iklan Marie France Bodyline.. dan sewaktu dengannya. Dan mungkin juga dia pelanggan tetap sana. Rambut biasanya ikat, atau normally pendek/bobcat. Sebab dia takde masa nak groom pagi-pagi buta.

7. Tinggi

- Err, yeah. No komen. Sebab aku pendek. Tapi takper, aku tau aku kiut dan best.


Dan lain-lain. Selebihnya, anda boleh nilai sendiri.



Tadi aku baru bertembung dengan dia masa nak pegi short break. Phew.

Okeh, let's get back to Yout.. err, work.

No comments:

...are you lost, or incomplete?

Custom Search