Semalam aku tido kemain lama, sebab malam semalamnya seharian aku tak tido.
Teman kawan aku sebab dia ada banyak benda dalam kepala nak diluahkan. Aku rasa best, sebab aku berjaya untuk ada di situ. Aku memang best pun. Lepas tu (sekitar pukul 5 pagi) aku pergi ofis, kerja. Handal!
Segar gile beb. Macam salad KFC!
Dan at least, hati aku senang, sebab aku buat orang senang (rasanya lah, aku tak tanya).
Hari ni kepala aku bekerja macam data processor, sebab kerja boleh tahan banyak. Tambahan pulak aku nak setel monthly payments aku sehabis mungkin. Hambik kau, gaji besar mana pun, belum tentu kau hidup senang.
Seperti yang selalu aku 'sekolahkan' kawan-kawan aku yang masih stadi (yang kebanyakannya dalam kepala masing-masing 'aku grad dengan degree ni aku leh keja besau leh idup senang'), lagi besar gaji kau, lagi besar tanggungjawab kau.
Juga, ada la kejadian bodoh yang agak bodoh dari lembu. Kesian lembu, sebab orang kata dia bodoh. Cuba tengok watak lembu dalam kartun Rocko's Modern Life. Pandai je.
Okay, berbalik pada topik. *ehem*
Ada jugak la cerita yang kurang senang sampai ke telinga aku. Cerita pasal orang ni tikam orang ni. Mengata belakang. Mengadu domba.
Mengata belakang tu takde hal. Memang semua orang kot buat bende tu. Diulangi, SEMUA ORANG. Tapi mengadu domba?
Oh yea, pada yang tak tahu mengadu domba tu apa (bukan mengadu kat bomba, bodoh), maksudnya ialah perbuatan (ye, bende ni verb) seseorang, atau bahasa bagusnya asshole, yang suka melaga-lagakan dua parti atau lebih. Dahla buat mulut, pastu lagakan orang.
Kau memang champion.
Macam aku, senang je. Sebab aku tahu nak figure orang-orang macam ni. Tak susah. jadi aku tak ambik pusing sangat, bawak nama kau kat orang lain apa suma. Aku lagi senang untuk ignore kau, dari burukkan nama kau.
Karma works better. Bila Encik Karma tumbuk kau kat muka, baru kau rasa.
Aku tau sakit dia, sebab aku penah kena.
Sepanjang hidup aku, banyak sangat orang macam ni. Dan kau tak perlu jadi sebijak Al-Khawarizmi untuk figure bende ni.
Dan persona ni juga merupakan seorang yang takde insurans langsung tutur katanya. Aish. Tak boleh macam tu, beb. Kan waktu kau berhingus masa darjah 4, cikgu kau penat ajar pepatah, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.. sendiri fikir".
Hmm. Aku tak tahu la orang lain, tapi kalau aku senang je. Sebab kalau aku dah mula hilang respek aku terhadap kau, jangan hairan kalau aku layan kau macam biasa. Sebab tak ada apa yang spesel pasal kau. Kau adalah predictable, kata Mamat Salleh.
Sebab tu aku ni memilih kawan sebenarnya. Hanya muka-muka yang aku sayang je aku bagi perhatian lebih. Yang aku tahu luhur hati budinya. Kalau aku tak sayang kau, padan muka.
Kau hip, peduli apa aku? Kau dress up kalah Tokio Hotel, pegi mampus. Collection apparel kau berlambak? So what. Kau rasa kau cool? Aku lagi cool dari kau. Kau anak orang kaya? Duit mak bapak kau, bukan kau.
Mati esok, liang lahad jugak perginya.
Jadi, pada orang yang rasanya dia ada unsur-unsur macam tu, sila neutralkan balik (sebab aku takleh kata suh ko jadi baik, sebab kau memang takkan 100% berubah, so kalau dapat kurangkan sikit level asshole kau pun jadi la) perangai buruk kau.
Jadi macam game The Sims, level keyakinan aku hijau balik la skit.
Tengok, baik kan aku?
Okay lah, aku nak buat kerja.
No comments:
Post a Comment